Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perempuan Bogel Punca Jem...

Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan...

Tragis… Katering Tak Muncul...

KLANG - Sepasang pegantin dari Johan Setia, di sini terpaksa berputih mata apabila...

17 Laporan Dakwaan Cabul,...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat...

OIC Adakan Mesyuarat Tergempar...

RIYADH : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan...

Lelaki Afrika Selatan Ditahan Bersama 60 Kapsul Kokain

GEORGE TOWN – Seorang lelaki rakyat Afrika Selatan ditahan dengan 60 kapsul kokain bernilai RM267,300 di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini.

Lelaki berusia 30 tahun yang memasuki negara ini sebagai pelancong itu ditahan pada pukul 9.30 pagi Sabtu lepas sebaik tiba dari Singapura.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata mengikut jadual lelaki yang bekerja sebagai jurutera elektrik di negaranya itu, dia akan berada di negeri ini selama lima hari sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok, Thailand.

“Lelaki itu yang kali kedua memasuki negara ini dibawa ke Hospital Pulau Pinang selepas pemeriksaan awal ke atasnya, termasuk bagasi serta beg sandang yang dibawa, tidak menemukan sebarang bahan yang menyalahi undang-undang.

“Hasil ujian imbasan di hospital mendapati 60 kapsul disyaki dadah berada di dalam badan lelaki itu dan semua kapsul bersaiz lima sentimeter panjang serta bergaris pusat satu sentimeter itu berjaya dikeluarkan pada Ahad,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Dialog Industri Hospitaliti: Ancaman Keselamatan Daripada Militan’ di Batu Ferringhi, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata kokain seberat 810 gram yang ditelan lelaki terbabit dipercayai untuk pasaran di Thailand dan polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah di negeri ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengambil penerbangan dari Brazil pada Jumaat (2 Sept), transit di Singapura pada keesokannya dan meneruskan perjalanan ke negeri ini sebelum ke Bangkok.

“Lelaki itu cuba mengaburi pihak berkuasa seolah-olah dia pelancong sedangkan suspek adalah anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan berperanan sebagai pembawa dadah serta dibayar upah sebanyak US$5,000 bagi setiap perjalanan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Abdul Ghafar berkata polis memandang serius ancaman keselamatan daripada militan Daesh dan meningkatkan keselamatan di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta serta hotel di negeri ini.

“Saya beri jaminan keadaan keselamatan di negeri ini terkawal dan aman.

Setakat ini polis telah mengenal pasti beberapa kawasan ‘panas’ seperti pusat-pusat hiburan, balai-balai polis, pusat pentadbiran kerajaan dan kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.

Abdul Ghafar berkata polis juga telah mengenal pasti satu nombor telefon dari Thailand yang membuat ancaman bom palsu terhadap dua hotel di Seberang Perai Tengah baru-baru ini dan usaha mengesan pihak terbabit sedang dijalankan.

“Setakat ini kami tidak pasti siapa dan motif sebenar tindakan pihak terbabit membuat ancaman itu…sama ada ia (panggilan bom palsu) daripada militan Daesh atau sebab-sebab lain.

“Nombor yang digunakan menghubungi kedua-dua hotel itu adalah sama dan dibuat selang lima minit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori