Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Characteristics Of Helpful Special...

Here are a couple of tips to assist you to enhance your essays....

Betul Ke Snapchat Tamat...

BERMULA dengan sekadar aplikasi untuk menyampaikan pesanan melalui imej dan video pendek, Snapchat...

JPB Diperluas Ke Sarawak...

BAGAN DATUK - Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) pada tahun ini akan memasukkan Sarawak...

Tabung Haji Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300...

Lelaki Cedera Parah Kereta Masuk Lubang Sedalam 10 Meter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 10 meter di sebuah tapak pembinaan di Bulatan Kampung Pandan, di sini, pada 10.30 malam tadi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba Pudu bersama empat jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati ada seorang lelaki tempatan telah terperangkap di tempat duduk pemandu di dalam kereta jenis Kia Spectra yang dipandu mangsa.

“Bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan lelaki yang berumur 55 tahun itu daripada kenderaannya.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam lubang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Samsol berkata lelaki berkenaan melanggar penghadang jalan sebelum kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam lubang di tapak pembinaan itu.

“Lelaki berkenaan yang mengalami cedera parah akibat terjatuh ke dalam lubang itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori