SEORANGÂ lelaki yang tidak dapat berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang bapa, cuba membunuh anaknya yang berusia dua setengah tahun dengan melanggar kenderaan lain secara sengaja.
Lelaki itu, Nathan Weitzel, 29, dari Colorado, mengaku berbuat demikian dengan niat membunuh anak lelakinya, Isaiah. Anak kecil itu diletakkan di dalam tempat duduk kereta tetapi tidak dipasang tali keledar.
Akibat kemalangan berkenaan, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian badan dan keupayaannya untuk berjalan juga terjejas.
Pada hari kejadian, Weitzel yang mengaku mengambil kokain telah membawa Isaiah ke taman permainan dan kemudiannya dia berlegar-legar di kawasan berkenaan dengan menaiki kereta, bertujuan mencari tempat yang sesuai untuk membunuh anaknya.
Kemalangan itu berlaku di depan rumah jirannya dan selepas kejadian berkenaan, mereka bergegas membantu dan keadaan ketika itu sangat teruk.
Isaiah dibawa ke hospital. Weitzel telah bercerai dengan isterinya, Nancy Lopez dan dia hanya menjaga Isaiah pada hari minggu sahaja.
“Saya tidak faham kenapa atau bagaimana dia boleh melakukan perbuatan ini. Dia perlu dipenjarakan untuk jangka masa panjang.
“Saya berdoa Isaiah akan sembuh dan dapat berjalan,’’ kata Lopez. – MYNEWSHUB.CC