Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Tekad Muncul...

PUTRAJAYA - Skuad Harimau Malaya tekad untuk muncul juara Piala AFF Suzuki 2018,...

Kucing Disahkan Positif Covid-19...

DUA kucing disahkan positif wabak Covid-19 sekali gus menjadi haiwan peliharaan pertama dijangkiti di...

Individu Terlibat Krisis Kehakiman...

KUALA LUMPUR - Peristiwa krisis kehakiman melibatkan Perdana Menteri pada tahun 80an, Tun...

Tahanan Warga Afrika Hidap...

GEORGE TOWN - Seorang tahanan warga Afrika, mati akibat komplikasi jantung ketika menerima...

Lelaki Ditahan Seludup Rokok Kretek Bernilai RM100,000

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1,930 karton rokok keretek dianggarkan bernilai RM100,000 selepas menahan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kluang-Batu Pahat, di Sri Gading, dekat Batu Pahat, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata lelaki berumur 28 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria itu, ditahan kira-kira 1.45 pagi tadi selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan pada bahagian belakang kereta itu menemui 30 guni berisi 1,930 karton rokok tersebut. Kesemuanya membabitkan 24 guni berisi 1,580 karton rokok jenama Gudang Garam manakala bakinya membabitkan jenama Supernova, Absolute serta George Karelias and Sons,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata hasil siasatan lanjut, lelaki terbabit mengaku rokok tersebut merupakan rokok seludup yang diambil dari sebuah kawasan di Simpang Renggam, dekat Kluang dan dalam perjalanan untuk dihantar ke Melaka untuk dipasarkan.


Beliau berkata lelaki itu yang berasal dari Semerah dekat Batu Pahat turut mengaku penglibatannya hanya sekadar mengambil upah sebagai penghantar rokok tersebut.

Katanya, lelaki terbabit kini direman selama empat hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori