Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Usahawanita ‘Online’ Disaran Berdaftar...

SHAH ALAM - Golongan usahawanita khususnya melibatkan perniagaan dalam talian disaran berdaftar dengan...

Lama Menyepi, Ana Raffali...

SUATU ketika, penyanyi Ana Raffali pernah berada di puncak populariti dalam industri seni...

Jamal Baju Merah Ditahan,...

SEPANG - Mungkin ini insiden paling pelik di negara kita apabila penganjur perhimpunan...

Lindungi Premis Haram: 3...

PUTRAJAYA - Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman...

Lelaki Hilang Jatuh Laut Ketika Memancing

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing di Kelong Ali, Pontian Besar dekat Pontian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt. Zakaria Abd Rahman berkata mangsa, Didi Nazrin Mohd Jeffri, 26, yang berasal dari Pontian Besar, dilaporkan terjatuh kira-kira 6 pagi.

“Pasukan Polis Marin Kukup menerima maklumat kejadian itu daripada orang ramai pada kira-kira 6.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat tersebut, bot ronda RH 6 yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan telah diarahkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Zakaria berkata berdasarkan siasatan awal, Didi Nazrin ketika itu sedang memancing di dalam sampan sebelum dipercayai terjatuh ke laut akibat dipukul ribut.

Beliau berkata operasi SAR sedang dilakukan pasukan penyelamat, pasukan bomba serta nelayan setempat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori