Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Saman Tommy Thomas...

Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.

KPWKM Akan Laksana Aturan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan aturan kerja...

Lelaki Amuk Di Labuan...

LABUAN - Seorang lelaki yang mengamuk hingga mencederakan isteri dan anak lelakinya dengan...

30 Tahun Menderita Akhirnya...

SELEPAS 30 tahun menderita akibat ketumbuhan besar di kepala, akhirnya seorang wanita, Zhuang,...

Lelaki Hilang Ketika Memancing Dijumpai Lemas

KUDAT – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Perairan Dogoton, Pulau Banggi, di sini, Sabtu lepas, dijumpai mati lemas selepas bot dinaikinya dipercayai karam akibat cuaca buruk, semalam.

Mangsa, Abrasin Marsuli, 79, ditemukan terdampar di kawasan pantai Iskandar Utara, Pulau Banggi, oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan hari ini berkata mangsa dikatakan keluar memancing ikan seorang diri di perairan Dogoton pada pagi 24 Sept lalu dan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah.

Katanya Pusat Operasi Maritim Daerah Kudat menerima maklumat kejadian itu dari Balai Polis Karakit pada Ahad lepas dan beliau kemudian mengarahkan aset dari Pejabat Maritim Kudat (DM16) untuk ke lokasi kejadian.


“Operasi SAR ini melibatkan sebuah helikopter dan dua bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat, sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan beberapa bot dari penduduk kampung,” katanya.

Mohd Zubil berkata pihaknya sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan kecemasan atau bencana serta meminta semua masyarakat melaporkan kepada APMM jika berhadapan dengan sebarang masalah di laut dan menghubungi MERS 999. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori