SEORANG lelaki bernama Kamil mengejutkan ramai apabila mendakwa boleh membantu orang ramai menghilangkan sakit kepala atau migrain dalam masa dua minit.
Lebih menarik perhatian, kaedah yang digunakan Kamil langsung tidak masuk dek akal dan kedengaran aneh.
Menerusi akaun YouTube miliknya iaitu Kamil’s View, Kamil memberitahu dia boleh menghilangkan sakit kepala dengan menggunakan tiga soalan.
Tiga soalan tersebut adalah ‘Di mana bahagian sakit kepala anda?’, ‘Apa warnanya?’, ‘Apa bentuknya?’.
Dalam video tersebut, Kamil mengulangi pertanyaan-pertanyaan tersebut sebanyak empat kali sebelum berkata: “Sekarang sakit kepala anda seharusnya sudah pulih.”
Walaupun kedengaran aneh, namun ribuan netizen mengaku kaedah yang didedahkan Kamil sangat mujarab. Sehinggakan dia mendapat jolokan Si Penyihir. – MYNEWSHUB.CC