Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Tidak Telefon Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi...

SMART Laksana Tugas Selamatkan...

Kuala Lumpur : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) melaksanakan tugas mencari...

Ambil Iktibar Konflik Dalaman...

TUMPAT - Konflik dalaman yang melanda PAS wajar diambil iktibar oleh para pengundi...

Berkat Ramadan, Pelawak Acappan...

KEBERKATAN Ramadan tahun ini menyaksikan pelawak terkenal negara berbangsa India, Acappan selamat memeluk...

Lelaki Kebas Pakaian Dalam Wanita Ditahan

JOHOR BAHRU – Pakaian dalam wanita adalah antara barangan yang ditemukan selepas seorang lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kondominium di Jalan Melor, Batu Pahat bulan lepas ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang di Jalan Bukit Idaman, Selayang.

“Suspek mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan kondominium HillView Loft. Dia juga mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan sama pada bulan Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dirampas daripada suspek ialah sebuah laptop, sebuah telefon bimbit, serangkai kunci kereta dan pelbagai pakaian dalam wanita.

Abdul Wahib berkata siasatan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dengan kes lain di Batu Pahat.


Dalam kejadian pecah masuk pada 23 Ogos itu, mangsa yang merupakan seorang agen insurans kerugian RM59,000.

Abdul Wahib berkata suspek dipercayai memotong kunci mangga pada pintu gril rumah wanita berkenaan sebelum membuka pintu utama rumah yang tidak berkunci itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori