Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raya Tanpa Isteri, Adam...

TAHUN ini merupakan tahun kedua pelakon Adam Shahz meraikan Aidilfitri tanpa isteri di...

Pharrell, Adidas Kolaborasi Keluarkan...

PENYANYI dan komposer popular, Pharrell Williams sekali lagi bekerjasama dengan jenama sukan terkemuka...

Hazard Boleh ‘Kalahkan’ Messi,...

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri memberi cabaran kepada Eden Hazard, dengan menggesa pemainnya mengalahkan...

Anne Ngasri Dah Bergelar...

WAH, diam-diam rupanya pelakon Anne Ngasri sudah pun bergelar Datin, baru-baru ini.Perkhabaran itu...

Lelaki Ketagih Syabu ‘Berkebun’ Dalam Bilik

HALUSINASI… Gara-gara terlampau ketagih dadah jenis syabu, seorang lelaki didapati berhalusinasi menyangka dia sedang mengusahakan projek tanaman di rumahnya.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dikatakan memacakkan kayu manis dan ranting pokok kayu di atas tilam di dalam bilik tidur rumahnya di Batu 9, Cheras, Selangor.

Penagih berkenaan merupakan antara sembilan individu yang ditahan ketika serbuan yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Selasa lalu.

Operasi yang bermula pada jam 9 malam itu turut menahan lapan lagi individu di beberapa lokasi berasingan di Kajang dan Hulu Langat.

Lelaki Ketagih Syabu 'Berkebun' Dalam Bilik

Menurut Ketua Pegawai AADK Hulu Langat,  Muhamad Ramlan Syed Ahmed, tangkapan dilakukan selepas menerima aduan daripada keluarganya memaklumkan keadaan lelaki itu bertambah teruk akibat ketagihan dadah.


“Sebaik pegawai AADK Hulu Langat tiba di rumahnya jam 10 malam, kami mendapati ranting pokok dicucuk lelaki itu di atas tilam di biliknya.

“Ini adalah tangkapan kedua dilakukan ke atas lelaki terbabit. Pada tahun lalu, dia dihantar ke Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Tampoi, Johor,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, keadaannya menjadi baik ketika dibebaskan tahun lalu, namun kembali terjebak semula mengambil syabu selepas bertemu rakan lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori