Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Industri Ikan Dalam Sangkar...

KEPALA BATAS - Industri penternakan ikan dalam sangkar telah diusahakan dari dahulu lagi...

Ketua Pengganas India, Jagtar...

Kota Bharu - Dia antara dalang pengeboman kereta berani mati yang mengorbankan seorang...

PPBM Ulang Pendirian Tiada...

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ulangi pendiriannya tidak sokong ratifikasi...

“Ada Orang Luar Cuba...

MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad...

Lelaki Malaysia Bunuh Kekasih Gay Dipenjara 12 Tahun

GARA-GARA bengang hubungan songsang tidak diakui oleh pasangan kepada umum dan keluarga, seorang lelaki nekad melakukan pembunuhan di Singapura, September tahun lalu.

The Straits Times melaporkan, Tan Chee Yeow, 40, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah di Singapura selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat pasangannya, Tan Chin Siong, 48, di laluan berhampiran stesen MRT Ang Mo Kio, Singapura.

Perkenalan pasangan dari Malaysia ini bermula di Johor Baharu pada 2007 sebelum berpindah ke Singapura apabila Chin Siong yang bekerja sebagai pembantu naib presiden di sebuah bank tempatan mengajak Chee Yeow ke Kota Singa itu.

Mereka menjalinkan hubungan romantis sebelum berlaku pergolakan dalam hubungan, tiga tahun sebelum kejadian.

Chee Yeow yang mempunyai tabiat minum arak dikatakan berang apabila mangsa enggan mendedahkan hubungan mereka kepada keluarga.

Dia yang bekerja sebagai pendandan rambut pergi ke rumah mangsa di Johor Bahru dan memberitahu mengenai hubungan mereka kepada ibu mangsa, namun ianya tidak diterima baik.


Mangsa yang mengetahui perkara itu kemudiannya menghubungi Chee Yeow dan menjelaskan dia bukannya seorang gay dan mahu berkahwin serta mempunyai anak.

Berang dengan kenyataan itu, tertuduh mencari mangsa dan menikam di bahagian dada dan belakang badannya hingga maut.

Selepas dijatuhkan hukuman, tertuduh menulis surat kepada keluarga mangsa menyatakan dia menyesal dengan kejadian tersebut dan terlalu sayang kepada mendiang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori