Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bogel Meluru Ke...

Kentucky – Macam-macam kes libatkan manusia berbogel. Terbaru seorang lelaki yang berbogel telah...

Polis Nafi Kes Culik...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan kononnya berlaku penculikan seorang kanak-kanak di kawasan Puchong...

Kemenangan NS Dijangka, PH-BN...

KUALA LUMPUR – Pemilihan mengenai siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan...

Singapura Pertahan Hukuman Mati...

SINGAPURA : Semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberi proses yang...

Lelaki Maut Dipercayai Ditetak Sekumpulan Lelaki

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 30-an maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Keladi dekat sini, kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Saifi Abdul Hamid berkata mangsa ditemui di dalam bilik tidur dengan kesan luka tetakan di beberapa bahagian badan.

“Polis masih menyiasat motif serangan. Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan beberapa lagi suspek masih dijalankan dan suspek yang ditangkap akan direman sehingga 4 Okt ini untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


Saifi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori