Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akhiri Kemarau Pingat...

JAKARTA – Kontinjen Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018...

Celcom Sasar Liputan 10%...

PETALING JAYA - Celcom Axiata Bhd menyasar untuk mencapai 10 peratus liputan di...

Pelakon Mimi Lana Ditahan...

NAMA pendatang baru dalam industri hiburan, Mimi Lana menjadi bualan hangat di media...

Permaisuri Johor Ziarahi Keluarga...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan...

Lelaki Singapura Ditahan, Edar Dadah Sejak 3 Bulan Lepas

JOHOR BAHRU – Polis percaya kegiatan pengedaran dadah di sekitar Taman Daya di sini berjaya ditumpaskan, selepas seorang lelaki warga Singapura ditahan di kawasan perumahan berkenaan, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata lelaki berumur 56 tahun yang sedang menunggang sebuah motosikal itu ditahan kira-kira 9.15 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang melakukan operasi khas.

“Pemeriksaan pada lelaki itu menemui 27 gram dadah disyaki syabu. Polis kemudian memeriksa rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Mount Austin, di sini, lalu menemui pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM1.23 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zakaria berkata kesemua dadah dirampas terdiri daripada 5.8 kilogram syabu, pil ecstasy (5,536 biji), ketamin (565 gram), pil Eramin 5 (200 biji), heroin (220 gram) serta serbuk ecstasy (35 gram).

Beliau berkata pihaknya turut merampas peralatan membungkus dan menimbang dadah, wang tunai RM7,000 serta sebuah motosikal jenis Suzuki daripada lelaki terbabit.

Katanya siasatan awal mendedahkan lelaki tersebut aktif dengan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas, namun, polis sedang menyiasat lebih lanjut mengenai bekalan dadah yang diperolehnya.


“Dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan dan dianggarkan boleh digunakan seramai 36,150 orang penagih,” katanya.

Menurut Mohd Zakaria, lelaki terbabit yang tinggal seorang diri di pangsapuri itu mempunyai rekod berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif terhadap dadah jenis amphethamine.

Lelaki berkenaan kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori