Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Awek ‘Hot’ Jual Pisang...

ADALAH menjadi suatu pemandangan yang biasa di negara kita melihat kelibat golongan wanita...

Pengarah Filem, Jamil Sulong...

PETALING JAYA - Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma...

WalkCar: Papan Luncur Elektronik...

INI mungkin merupakan alat pengangkutan ringkas terunggul pernah dicipta.Sebelum ini, teknologi alat pengangkutan...

Kes 2 Lelaki Culik...

GEORGE TOWN - Kes dua lelaki yang didakwa menculik seorang ejen hartanah untuk...

Lelaki Selamba Tunggang Skuter Elektrik Undang Bahaya

SEORANG lelaki dilihat mengundang bahaya kepada diri sendiri apabila dengan beraninya menunggang sebuah skuter elektrik di sebatang jalan raya yang sibuk.

Menurut sumber portal Stomp iaitu Jolene, kejadian itu berjaya dirakamnya di Jalan Paya Lebar, Singapura pada Selasa lalu.

Menerusi klip video yang dikongsikan dengan laman itu, seorang remaja lelaki yang berseluar pendek dan menyarung beg sandang dilihat meluncur menggunakan skuter elektrik dalam kesesakan lalu lintas.

Remaja berkenaan dilihat dengan ‘selamba’ dan ‘rileks’ meluncur di tengah-tengah jalan raya antara laluan pertama dan kedua yang dipenuhi dengan kenderaan.

Lelaki Selamba Tunggang Skuter Elektrik Undang Bahaya

Tambah Jolene lagi, keadaan trafik pada ketika itu sangat sesak memandangkan ia adalah waktu makan tengah hari.

“Lelaki ini mengundang bahaya kerana menunggang skuter elektrik di atas jalan raya yang sibuk tanpa memakai helmet,” katanya.


Lelaki Selamba Tunggang Skuter Elektrik Undang Bahaya

Menurut peraturan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), basikal dan basikal elektrik dibenarkan di atas jalan raya Singapura, namun tidak untuk skuter elektrik dan ‘kick-skuter’.

Mana-mana penunggang yang dilihat menggunakan kenderaan yang menyalahi undang-undang jalan raya akan dikenakan denda sebanyak $2,000 (RM5,986) atau penjara sehingga 3 bulan bagi kesalahan pertama yang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori