Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Kini Lebih Mantap...

UMNO yang kini diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk...

Saksi Utama Kes Raymond,...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pembabitan polis Cawangan Khas Bukit Aman dalam kehilangan...

3 Lagi PI1M Bakal...

BEAUFORT - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari...

“Memang Saya Ke Pusat...

PELAKON Atikah Suhaime memberitahu dia pernah mengunjungi pusat hiburan yang menyediakan khidmat pegawai...

Lim Kit Siang Tak Faham Isu DoJ – Ismail Sabri

PARIT – Tindakan Lim Kit Siang melabel Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pilih kasih dalam isu ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) jelas menunjukkan penasihat DAP itu berada dalam kekeliruan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan DoJ itu adalah berkaitan dengan pengubahan wang haram yang dilakukan di Amerika Syarikat.

“Kalau di Amerika Syarikat bermakna ia di luar bidang kuasa kita, maka kita serahkan kepada pihak negara itu untuk menyiasat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kata tidak akan melindungi sesiapa.

“Dia (Lim Kit Siang) keliru antara kes sivil dan jenayah. Mana boleh ketua polis negara siasat sesiapa yang tidak dinamakan (dalam laporan DoJ),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit di Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Semalam, Kit Siang dalam satu kenyataan menuduh Khalid sebagai mengamalkan sikap berat sebelah kerana enggan menyiasat Najib yang dikaitkan sebagai MO1 selepas keliru dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional pada Khamis menjelaskan kenapa DoJ Amerika Syarikat tidak menyebut nama sebenar MO1.

Beliau berkata adalah jelas apa yang disebut sebagai ‘MO1’ itu merujuk kepada Najib, tetapi pada masa sama, banyak nama lain disebut oleh DoJ, namun tidak seorang pun daripada mereka, termasuk MO1, dinamakan sebagai subjek penyiasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori