Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hazwan Bakri Dipilih Pemain...

LAMAN web bola sepak antarabangsa, Goal.com pada minggu ini memilih penyerang Selangor Ahmad...

Teksi Motosikal ‘Ojek’ Khas...

JAKARTA - Lebih banyak khidmat ojek atau teksi motosikal awam khusus untuk penumpang...

Pembangkang Silih Berganti, BN...

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Malaysia menyambut ulang  tahun Hari Malaysia ke-51 hari...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 2,270 orang daripada...

LPT2 Lancar Menjelang Aidiladha

KEMAMAN – Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) masih lancar walaupun berlaku pertambahan kenderaan apabila ramai warga kota mula pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Jabor dan Plaza Tol Bukit Besi mendapati keadaan trafik agak perlahan tetapi berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan jalan raya.

Hentian rehat dan rawat (R&R) di Perasing dan Kijal juga dipenuhi pengguna jalan raya yang berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

Seorang pengguna Nurul Shuada Mat Zin dari Shah Alam yang ingin pulang ke Kota Bharu, Kelantan berkata perjalanannya adalah lancar berbanding musim Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Kali ini jalan tak begitu sibuk..mungkin tak ramai sangat orang pulang beraya sebab cuti pun hanya dua hari…dan ada juga yang pulang lebih awal sebab cuti sekolah dah bermula sejak Khamis bagi Pantai Timur.

“Masa hari raya Aidilfitri lalu, memang keadaan LPT2 agak sesak sebab ramai orang pulang ke kampung secara serentak…ketika itu saya ambil masa hampir 10 jam dari Shah Alam ke Kelantan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Di susur keluar Bukit Payong pula didapati tiada kesesakan teruk berlaku manakala susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu di Gemuruh, trafik bergerak perlahan kira-kira tiga kilometer.

Sementara itu, Pengurus Besar LPT2 Sdn. Bhd., Husni Md Yusuf berkata kenderaan yang menggunakan lebuh raya tersebut mula meningkat sejak semalam dan dijangka berterusan sehingga esok.


“Secara purata, jumlah kenderaan yang menggunakan LPT2 ialah antara 6,000 dan 10,000 pada hari biasa manakala pada hari perayaan ia akan meningkat tiga kali ganda.

“LPT2 Sdn. Bhd. sebagai pemegang konsesi lebuh raya ini telah mengambil beberapa tindakan untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang perayaan Aidiladha ini.

“Antaranya menambah bilangan pekerja tambahan antara 30 dan 40 orang untuk menyelia kebersihan di kawasan R&R di sepanjang LPT2,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pihaknya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pengguna lebuh raya itu, cuti semua kakitangan telah dibekukan sepanjang musim perayaan ini.

“Kita juga menambah bilangan kakitangan peronda untuk membantu pengguna yang menghadapi sebarang masalah di LPT2 dan memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

“Plaza tol yang dijangka sesak ialah di Kuala Terengganu (Gemuruh) dan Ajil…untuk itu, kita ada sediakan tambahan kaunter bayaran tol untuk lokasi tersebut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori