Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Mungkin Mereka Tak Ada...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyindir Menteri Kewangan,...

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 33 orang daripada lapan...

Jeed Dinobat Ikon Siarawan,...

PROGRAM pencarian bakat dalam bidang penyiaran, Ikon Siarawan 2016 melabuhkan tirainya semalam dengan...

Rohingya: Kemelut Kaum Tanpa...

MUHAMMAD Ghaffur adalah seorang kaum Rohingya yang telah tinggal selama 20 tahun di...

LRT Tergendala: Pelajar UIAM Terlepas ETS Dapat Tiket Free

NASIB seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlepas perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) untuk pulang menyambut Aidiladha di kampung pagi Jumaat mendapat perhatian.

Ia berikutan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedia menawarkan tiket baharu yang malah diberikan secara percuma.

Nurul Khairiah Ahmad Zaki, 22, yang terkandas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak lebih sejam akibat gangguan perkhidmatan sistem dari Setiawangsa ke KLCC kemudian telah menerima panggilan telefon daripada pihak KTMB yang menawarkan tiket pulang ke Taiping, Perak pada 10.30 pagi Sabtu.

“Saya terkejut menerima panggilan KTMB, saya gembira akhirnya dapat pulang menyambut Aidiladha bersama keluarga,” katanya kepada Bernama pada Jumaat malam.

Bernama sebelum ini melaporkan nasib Nurul Khairiah yang buntu untuk pulang ke kampung berikutan tidak mempunyai cukup wang untuk mendapatkan tiket lain selepas terkandas akibat gangguan tren LRT itu.

Sementara itu, Nurul Khairiah dalam status terkini menerusi laman Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantunya pulang ke kampung terutama KTMB dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Terima kasih dalam membantu menyelesaikan urusan saya hari ini. Kepada semua yang telefon, mesej Facebook dan WhatsApp, saya ucapkan terima kasih kerana turut sama membantu dan bertanya khabar. Siap ada yang nak belikan tiket pula.


“Alhamdulillah, Allah mengurniakan orang yang terbaik membantu saya hari ini. Semoga kita mendapat rahmat-Nya dan permudahkan urusan kita,” katanya.

Perkhidmatan LRT laluan Setiawangsa-KLCC terjejas ketika waktu puncak pada 9.10 pagi Jumaat apabila sebuah tren dari Stesen Datuk Keramat menuju ke Stesen Jelatek tiba-tiba berhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai.

Perkhidmatan LRT dapat dipulihkan pada 11.45 pagi dan ini adalah insiden kali kedua perkhidmatan LRT terjejas dalam minggu ini.

Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas bermula 7 pagi dan kembali beroperasi sepenuhnya pada 1.15 tengah hari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori