SEORANG jurusolek profesional, Lucia Pittalis dari Itali memukau pelayar Internet dengan teknik dan skill unik yang dimilikinya, lapor media tempatan.
Setiap kali jari-jemarinya memegang berus solekan, hasil yang diperoleh cukup memuaskan. Malah, hasilnya sangat luar biasa sehingga membuatkan orang kagum dengan bakat dimilikinya.
Kepakaran Pittalis bermain dengan solekan menjadikannya bebas untuk menjadi sesiapa sahaja yang diingini daripada selebriti hinggalah wajah orang ternama.
Beberapa selebriti dan kenamaan antarabangsa menjadi ‘mangsa’ kreatif Pittalis. Antaranya Sylvester Stallone, Hulk Hogan, Meryl Streep, Daniel Craig dan juga Ratu Elizabeth II.
“Saya gemar merobah wajah saya menjadi orang lain untuk memberi kejutan kepada kawan-kawan saya dan orang sekeliling,” katanya.
Difahamkan setiap proses solekan memakan masa yang lama antara tiga hingga lima jam untuk disiapkan. Meskipun masa yang diambil agak lama, namun hasilnya benar-benar luar biasa.
Hasil-hasil kreativiti yang dilakukan dimuat naik ke Instagram miliknya. Sehingga kini, Instagramnya telah menerima lebih daripada 52 ribu pengikut. – MYNEWSHUB.CC