Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

AC Mizal Pernah Minum...

SETELAH berpuluh tahun menghambakan diri dalam industri seni tempatan, akhirnya kesungguhan Dato AC...

Kerjasama Lebih Adil Bantu...

PORT MORESBY, Papua New Guinea - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata...

Video Mesra – Peminat...

PERCINTAAN Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering mendapat perhatian ramai. Malah, mereka juga tidak...

MAHA 2016 Raih RM20 Juta Hasil Tajaan & Jualan Tapak

KUALA LUMPUR – Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 berjaya mendapat sokongan kukuh sektor swasta apabila meraih RM20 juta menerusi hasil jualan tapak gerai dan penajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata untuk kali pertama dalam sejarah MAHA juga, ia menggalakkan penglibatan sektor swasta bukan sahaja sebagai pempamer tetapi juga sebagai rakan strategik dalam menganjurkan acara itu.

“Syarikat-syarikat ini sedar bahawa lebih tiga juta pengunjung yang akan hadir ke MAHA dan peluang yang besar untuk mereka memaparkan jenama mereka serta menjual produk,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

MAHA 2016 akan berlangsung mulai 1 hingga 11 Disember depan.

Beliau berkata antara syarikat yang menaja MAHA 2016 ialah Bernas, CIMB, Agrobank, Sunlight Inno Seafood, Celcom, UDA Holdings, Oblong Burger, Twoj International, Pop Soda, TM, QSR Brands, Royal Bird’s Nest, Bio Alpha, Honda, Mazda dan People & Bell.


Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, Ahmad Shabery berkata penyertaan kukuh daripada sektor swasta itu, MAHA 2016 dijangka berlangsung dengan lebih menarik menerusi pelbagai aktiviti dan program untuk para pengunjung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori