Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kelantan Tidak Harap Hasil...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersedia menghentikan semua aktiviti pembalakan sekiranya kerajaan persekutuan...

Jaga Sensitiviti, Taeyang Elak...

Selepas kontroversi melanda ekoran tindakan kumpulan Kpop B1A4 mencium dan memeluk beberapa orang...

120 Maut Dalam Serangan...

KANO, Nigeria - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila...

Adnan Zikri Jaafar, Pelajar...

SEORANG pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa, Adnan Zikri Jaafar telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima...

Mahathir, Anwar ‘Berjabat Mesra’ Selepas 18 Tahun

SESUATU yang jarang-jarang berlaku apabila dua pemimpin politik yang suatu ketika dahulu tidak sehaluan, kini boleh pula tampil di khalayak bersalaman dan menunjukkan sokongan kepada satu sama lain secara terbuka.

Dua nama besar dalam politik negara — Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya seteru, tampil berbeza hari ini apabila mantan Perdana Menteri itu hadir memberikan sokongan kepada bekas timbalannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin yang pernah bersama memimpin negara pada 1990-an itu dilihat bertegur sapa dan bersalaman mesra begitu, selepas genap 18 tahun Anwar dipecat Dr Mahathir.

Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan itu ternyata mencetuskan kontroversi dan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir hadir ditemani Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Tian Chua, Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Naib Ketua Cawangan Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Turut hadir, barisan peguam PKR yang terdiri daripada N. Surendren dan Latheefa Koya, di samping peguam Melissa Sasidaran, Eric Paulsen dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun hadir ke mahkamah bagi memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.


Beliau mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu antara lain memberikan kuasa kepada Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori