Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tak Sangka Ejek Mengejek...

MESKIPUN sudah empat hari berlalu, namun tragedi ngeri yang melanda Pusat Tahfiz Darul...

NGO Desak Mahathir Pecat,...

PUTRAJAYA - Dua badan bukan kerajaan mendesak Dr. Mahathir Mohamad memecat Mohamed Azmin...

Proton Yakin Capai Pertumbuhan...

JOHOR BAHRU - Proton Holdings Berhad (Proton) yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan keretanya...

Sukan Komanwel: Mun Yee-Dhabitah...

GOLD COAST - Penerjun negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri meraih...

MAHB: Fasa 2 Kerja Penurapan Klia2 Siap 20 Peratus

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memulakan fasa kedua kerja suntikan penurapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2). MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja itu telah 20 peratus siap.

Syarikat itu berkata kawasan yang telah siap merangkumi lapan lokasi, yang mana empat di apron parkir dan empat lagi di taxiway.

“Suntikan penurapan kekal menjadi kaedah pilihan kerana ia kurang memberi gangguan kepada operasi terminal,” kata MAHB. Ia berkata kerja penyenggaraan bagi Fasa 1 telah siap, merangkumi 49 lokasi di klia2.

“Dalam Fasa 2, kami akan melanjutkan kaedah suntikan penurapan ke 40 olkasi, termasuk beberapa kawasan baharu yang dikenal pasti dan beberapa kawasan yang
telah disenggara pada 2015,” kata syarikat itu.


Kerja-kerja di Fasa 2 bertujuan untuk menambah baik kerosakan kawasan turapan, kata MAHB, sambil menambah ia akan terus memastikan keselamatan operasi di semua lapangan terbangnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori