Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peraduan Palsu Menang Emas...

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal...

TPM: Penubuhan Lajnah Tahqiq...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Sami Buddha Mewah Thailand...

BANGKOK - Sami Buddha Thailand yang terkenal kerana kehidupan mewahnya, disabitkan merogol seorang...

Wak Doyok Enggan Ulas...

PENGACARA Wak Doyok yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3,...

MAIWP Tidak Boleh Mencelah Semakan Kehakiman Gereja

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak boleh mencelah dalam permohonan semakan kehakiman oleh Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan perisytiharan berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer, berkata MAIWP tidak mempunyai kepentingan langsung kepada kes itu dan tidak mempunyai hak ke atas orang bukan Islam.

“Dalam kes ini, kami tidak nampak bagaimana responden pertama (MAIWP) akan terjejas oleh sebarang perintah mahkamah selain daripada alasan penjang lebar yang tidak akan memenuhi kriteria kepentingan langsung. MAIWP tidak mempunyai hak dan tidak menanggung sebarang liabiliti terhadap perayu atau orang bukan Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan bahawa MAIWP boleh hadir sebagai amicus curiae (kawan mahkamah) untuk membantu mahkamah dalam isu yang akan dikemukakan kelak.

Hakim Abdul Hamid berkata Peguam Negara, yang merupakan penjaga kepentingan awam, telahpun mewakili Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan dalam kes semakan kehakiman gereja itu.

Mahkamah membenarkan rayuan gereja itu untuk meminda keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan MAIWP mencelah dalam tindakan semakan kehakiman yang difailkan gereja Borneo Evengelical berhubung haknya untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Datuk Zamani A. Rahim dan Datuk Zaleha Yusof.

Gereja berkenaan dan presidennya, Reverend Datuk Jerry W.A Dusing@ Jerry W. Patel memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas buku agama mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Sungguhpun buku itu dikembalikan kepada gereja berkenaan pada 25 Januari 2008, gereja dan Dusing meneruskan perkara itu dengan memohon lampu hijau daripada Mahkamah Rayuan untuk memulakan tindakan semakan kehakiman.

Ia bagi memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dalam bible Kristian, dan semua penerbitan dan bahan keagamaan lain.


Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada mereka untuk memulakan semakan kehakiman pada 1 Oktober 2014.

Dalam penghakiman 29 muka surat, Hakim Hamid berkata Peguam Negara diwakili dengan sewajarnya dan sentiasa berwaspada, dan pada pemerhatian mahkamah, memadai untuk melindungi hak dan kepentingan orang awam dengan hakim-hakim yang mengangkat sumpah perlembagaan untuk mempertahankan serta melindungi Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Peguam Negara juga seharusnya menyuarakan di hadapan Mahkamah Tinggi berhubung isu itu dengan mengambil kira kaedah yang digunakan oleh gereja dalam permohonan untuk mendapatkan perisytiharan itu.

Ini, katanya, kerana gereja itu menarik balik tuntutan mereka bagi perintah certiorari dan mandamus berkaitan keputusan dalam rampasan buku agama dan hanya memohon perisytiharan pelepasan.

“Ciri-ciri prosiding semakan kehakiman berubah kepada litigasi kepentingan awam,” katanya dan menambah bahawa, sama ada dalam litigasi kepentingan awam, kes mahkamah gereja itu perlu diteruskan melalui semakan kehakiman, writ atau saman pemula.

Gereja dan Dusing diwakili peguam Lim Heng Seng manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili MAIWP. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori