Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dicekup Kurang Sejam Menyamun

KUALA PILAH – Seorang penjenayah bersenjatakan parang berjaya dicekup polis dalam tempoh kurang...

Bekalan Barangan Basah Semasa...

KUALA LUMPUR - Peniaga barangan basah di beberapa pasar borong di ibu kota...

Agong Terima Mengadap Dua...

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap...

Novemboys Juara Pertandingan Pop...

SHAH ALAM - Kumpulan Novemboys diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Pop Krew...

12 Oktober Sebutan Kes Beri Sokongan Kepada Pengganas

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula bagi memindahkan kes seorang lelaki yang didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan, Jun lepas, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan bahawa pihak pendakwaan belum menerima izin untuk memindahkan kes tertuduh, Mohd Asrol Mohamad, 29, ke Mahkamah Tinggi.

“Pohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan baharu sementara menunggu izin,” katanya.

Pada 25 Julai lalu, Mohd Asrol yang tidak diwakili peguam didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan.

Perbuatan itu dilakukan dengan niat melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan perbuatan berkenaan dianggap untuk menggugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram dalam telefon bimbit jenis Samsung Note II.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Dagang, Ampang, Hulu Langat, di sini antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau= denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori