Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banyak Perlu Dilakukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Walaupun hampir 48 tahun penubuhan ASEAN, banyak lagi perlu dilaksanakan...

Irwan Serigar Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Tan Sri Dr....

Sultan Johor Mahu Pemimpin...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini melahirkan...

132,543 Kes Bankrap Direkod...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 132,543 kes kebankrapan direkodkan dari 2008 hingga 31 Januari...

Makanan RMT Tiada Khasiat? JPN Tampil Nafi Tohmahan

SESUATU yang mengejutkan apabila murid yang sepatutnya menerima makanan berkhasiat pada awal pagi persekolahan hanya diberikan nasi kosong dengan lauk separuh potongan sosej.

Makanan tersebut dikatakan diberikan kepada murid miskin yang layak di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan.

Difahamkan, gambar tersebut dikongsi dan dimuat naik ke dalam laman sosial sejak semalam oleh seorang guru yang enggan identitinya didedahkan.

Guru tersebut mendakwa, murid yang menerima makanan RMT enggan mengambil makanan itu kerana tidak menyelerakan mereka sendiri.

Isu tersebut menjadi hangat apabila ada netizen yang mempersoalkan tindakan Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan seolah-olah tidak mempedulikan makanan yang sepatutnya diterima murid miskin tegar ini.

Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah menafikan dakwaan berhubung penyediaan makanan tidak berkhasiat dalam RMT kerana pihaknya sering memantau kualiti dan mengikut nutrisi yang sudah ditetapkan.


Beliau berkata, pegawainya akan memantau menu hidangan seperti yang ditetapkan iaitu nasi goreng Cina bersama lauk daging, tembikai dan air milo.

Ab. Aziz menjelaskan, hidangan tersebut diberikan pada waktu pagi dan ketika itu pengusaha kantin masih dalam proses penyediaan serta hidangan sosej tersebut adalah menu tambahan sumbangan pengusaha kantin sebagai galakan kepada murid. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori