Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpaskan ‘Geng Zairul’,...

SUNGAI BULOH - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun Geng Zairul selepas menahan lima...

2020 Bakal Jadi Mimpi...

SHAH ALAM - Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka, namun sebaliknya...

Ibu, Anak Maut Motosikal...

ALOR SETAR - Seorang ibu dan anak perempuannya maut selepas motosikal dinaiki mereka...

Jerebu Indonesia Atasi AS,...

JAKARTA - Akibat jerebu yang ditimbulkan daripada kebakaran hutan dan ladang, Indonesia kini...

Malaysia Guna Sistem Bacaan IPU PM2.5 Hujung 2017

KUCHING – Malaysia dijangka dapat menggunakan sepenuhnya sistem bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ketika ini kerja menaiktaraf di 53 stesen yang menggunakan sistem sedia ada iaitu PM10 sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap April tahun depan.

Katanya selain 53 stesen sedia ada, 12 lagi stesen baharu turut dibina menjadikan keseluruhan 65 stesen bakal menggunakan PM2.5 nanti.

“Saya berharap menjelang April tahun depan, kerja naik taraf selesai dan sistem PM2.5 boleh diguna menjelang hujung tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu Hari Raya Korban Parlimen Santubong 2016 di sini hari ini.

“Apabila siap nanti, Malaysia akan menggunakan kedua-dua sistem PM10 dan PM2.5,” katanya.


Pada majlis tersebut, Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong menyerahkan 40 ekor lembu bernilai RM216,000 yang akan diagihkan kepada masyarakat dalam kawasan parlimen tersebut.

Mengulas lanjut mengenai sistem PM2.5 yang sedang dinaktaraf, Wan Junaidi berkata beliau akan memaklumkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori