Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agong Harap Kerjasama Malaysia-UK...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kerjasama...

Laluan Khas KLIA, Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mewujudkan laluan khas untuk menyediakan kemudahan bagi warganegara...

Kain Rentang ‘FAM Bangsat’...

IPOH - Perlawanan di antara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) semalam...

Menteri PH Masih ‘Bergelut’

KOTA BHARU - Pas menganggap menteri-menteri yang menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri,...

Malaysia Komited Proses Ratifikasi TPPA Menjelang 2018

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk menyempurnakan proses ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjelang 2018.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk J. Jayasiri berkata perjanjian perdagangan itu akan berkesan jika sekurang-kurangnya enam anggota yang mewakili 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 12 negara memeterainya, dapat menyempurnakan proses ratifikasi itu.

“Kita masih dalam proses meminda undang-undang (berkaitan). Malah 18 undang-undang itu sudah dikenal pasti setakat ini,” katanya pada sidang media selepas Wacana TPPA King’s College London anjuran alumni universiti itu di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas prospek TPPA berikutan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) November ini, Jayasiri menegaskan beliau enggan membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, ada laporan menyatakan bahawa AS berhasrat meratifikasi TPPA dalam tempoh pemerintahan presiden sekarang.


Malaysia, tegasnya, akan meneruskan program berkaitan bagi membolehkan kalangan perniagaan memahami peluang yang terbentang dalam perjanjian perdagangan berkenaan.

“Pengeksport kini bersedia untuk menerima (pelaksanaan) perjanjian itu,” katanya.

Jayasiri turut menyifatkan TPPA itu sebagai satu kejayaan kerana turut mengambil kira kebimbangan disuarakan Malaysia mengikut keperluan sewajarnya bagi membolehkan negara itu meneruskan agenda pembangunan dan objektif sosial. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori