Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johan Suruh Check Rumah...

PELAKON Johan As'ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang...

Diana Danielle Diselar Peminat...

SEJAK berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana...

Tiada Obligasi Serap Pegawai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai obligasi menyerap semua pegawai farmasi...

Dibunuh Hanya Kerana Hutang...

BATU PAHAT – Disebabkan wang berjumlah RM2, dua warganegara Nepal dibunuh rakan senegara...

Malaysia Sangkal Dakwaan 6,500 Kematian Akibat Jerebu

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini menafikan dapatan kajian Universiti Harvard dan Columbia yang mendakwa bahawa jerebu Asia Tenggara 2015 telah menyebabkan 6,500 kematian di negara ini.

Kajian itu, yang dijangka akan disiarkan dalam Surat Penyelidikan Alam Sekitar (ERL) juga mendakwa terdapat 100,300 kematian pramatang di rantau ini, 91,600 di Indonesia dan 2,200 di Singapura.

Angka yang dilaporkan adalah tidak tepat dengan angka rasmi yang direkodkan iaitu sebanyak 19 kematian di Indonesia dan tiada sebarang kematian direkodkan di Malaysia dan Singapura.

“Tidak benar sama sekali,” kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. S Jeyaindran.

“Kami tidak merekodkan sebarang kematian berkaitan jerebu pada tahun lalu,” tambahnya.

Malaysia Sangkal Dakwaan 6,500 Kematian Akibat Jerebu
Datuk Dr. S Jeyaindran

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan telah menjalankan kajian mengenai zarah di udara yang berpunca dari pembakaran terbuka dan kesannya pada tubuh manusia dan mendapati selain dari gejala cepat marah, tidak ada risiko kematian dijumpai.

“Sudah tentu kes berkaintan konjunktivitis dan jangkitan salur pernafasan meningkat, tetapi kebanyakannya berpunca daripada asap yang mengandungi sulfur dioksida yang terhasil dari pembakaran bahan api,” katanya.


Jerebu tahunan yang datang dari Indonesia biasanya kurang daripada 10 mikron dan kebiasaannya ia hanya menyebabkan kerengsangan.

“Kami tidak merekodkan sebarang penambahan dalam bilangan penyakit pernafasan yang berpunca dari jerebu. Perkara ini berlanjutan dari tahun ke tahun. Data kami menunjukkan tiada sebarang peningkatan,” tegas beliau.

Pasukan yang mengkaji semula laporan kajian tersebut dalam ulasannya menulis ‘tidak tepat’ dan berkata ia merupakan panggilan kesedaran selepas menyaksikan kejadian alam sekitar yang paling dahsyat sejak jerebu 1997. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Star

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori