Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cerita Jahat Konon Proton...

ALKISAH baru-baru ini, seorang rakan sembang media sosial saya buat ulasan panjang mengenai...

Setiap Penjawat Awam Perlu...

SEREMBAN - Setiap penjawat awam perlu bersedia untuk bersara wajib apabila tiba masanya,...

Mohamed Apandi Bebas Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kini bebas...

Menyorok Di Rumah Lepas...

BANTING - Seorang murid lelaki mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa langgar lari...

Malaysia Yakin Rundingan FTA EU-Malaysia Diteruskan

BERLIN (Jerman) – Malaysia yakin rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) Kesatuan Eropah (EU) – Malaysia akan diteruskan pada akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

“Ini bergantung kepada kerjasama antara negara anggota EU dan Malaysia,” katanya, sambil menambah ia akan memberi manfaat ekonomi kepada kedua-dua pihak.

Najib, yang berada di sini untuk lawatan rasmi selama tiga hari, berkata beliau yakin dengan sokongan berterusan Jerman bagi pelancaran semula rundingan ini, katanya kepada perniagaan utama dari Jerman pada sesi dialog di sini hari ini.

Syarikat yang menyertai dialog itu termasuklah Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B. Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International.

Malaysia dan EU memulakan rundingan FTA pada lima tahun lepas. Bagaimanapun, ia tertangguh selama tiga tahun disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, antaranya, penglibatan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan kegagalan kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan dalam pelbagai isu.

Jerman merupakan pelabur terbesar Malaysia daripada EU dengan sejumlah 552 projek pengilangan setakat ini, dan pelaburan sebanyak US$11.4 bilion (kira-kira RM39.6 bilion), telah mewujudkan lebih 63,500 pekerjaan baharu.


Tahun lepas, Jerman merupakan rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan dua hala sebanyak US$10.3 bilion (RM35.74 billion).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jerman atas jemputan Canselor Angela Merkel.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, Wakil daripada Jawatankuasa Asia Pasifik bagi Perniagaan Jerman yang juga Pengerusi Lembaga Penyeliaan B.Braun Melsungen AG, Prof Datuk Seri Dr Ludwig Georg Braun, Duta Besar Malaysia ke Jerman Datuk Zulkifli Adnan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Azman Mahmud. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori