Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penganjur ‘Lari’, Showcase Syamel,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara penganjur menyepikan diri tanpa sebarang berita, penganjuran showcase penyanyi...

Belia Tanpa Slip Gaji...

DUNGUN - Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang...

Pemandu Grab Cedera Cabul,...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab dipenjara 41 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang...

Kerajaan Sarawak Salur Bantuan...

KUCHING - Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyalurkan bantuan dalam...

Mangsa Serangan Seksual Kongsi Cerita Guna ‘Snapchat’

IDEA yang berinovasi dan kreatif apabila seorang wartawan dari sebuah syarikat akhbar di India berjaya memujuk mangsa serangan seksual untuk berkongsi kisah mereka dengan menggunakan aplikasi Snapchat.

Semuanya bermula Jun lalu apabila wartawan Hindustan Times, Yusuf Omar menyertai sekumpulan aktivis dan mangsa rogol yang mendaki Bukit Chamundi di Mysore, India.

Beliau seterusnya mendorong dua remaja yang menjadi mangsa rogol untuk menceritakan kisah mereka dengan mengggunakan aplikasi Snapchat yang ada pelbagai cara untuk menutup muka.

Tiada jurukamera, wartawan yang bertanyakan soalan, sebaliknya mereka hanya bercerita dengan telefon seperti selfie dan menggambarkan diri mereka sebagai naga dalam video itu.

“Saya berusia 5 tahun ketika diculik di Mysore dan dibawa ke Hyderabad. Saya dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar,” kata seorang mangsa rogol yang tidak didedahkan identitinya.

Video yang dimuat naik menerusi laman sosial dan ditonton hampir 200,000 kali ini mendapat respons baik daripada netizen yang menyokong idea Snapchat digunakan untuk memberi peluang kepada mangsa serangan seksual bersuara.


“Saya rasa ia lebih baik dan dekat apabila mangsa ini menceritakan kisah mereka. Konsep mengaburkan muka mangsa ini seperti tidak asli pada saya,” katanya yang merupakan editor Hindustan Times.

Di India dianggarkan satu daripada dua kanak-kanak didera secara seksual tetapi kurang dilaporkan.

Undang-undang India melarang media untuk mendedahkan nama, lokasi dan sebarang maklumat mengenai mangsa serangan seksual ini terutamanya kanak-kanak. Seperti di Amerika Syarikat, mereka membantu melindungi mangsa namun tetap sukar untuk menceritakan kepada dunia kejadian yang menimpa mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori