Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bantu Bina Semula...

BAGAN DATOH - Kerajaan akan membantu membina semula tujuh buah rumah yang hangus...

JPN Siasat Pelajar Perempuan...

KUALA KANGSAR — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung gambar...

119 Penerbangan Dijangka Tiba...

KUALA LUMPUR: Lapangan terbang di seluruh negara dijangka menerima sebanyak 119 penerbangan pada...

Giliran Muslimat PAS Pula...

Kredibiliti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Manusia Sogo Yang Hebat & Penuh Perjuangan

MANUSIA akan berjuang kalau dia bukan orang yang malang! Hanya yang mudah terasa kalah dan malang sahaja membiarkan dirinya lemas dan ditewaskan kehidupan.

Laman Siar Sogo KL – Sabtu 17 September 2016. Wajah-wajah orang yang berjuang mencari rezeki mengajar kita untuk melihat betapa besarnya keajaiban kehidupan.

Band buskers saban minggu muncul saling silih berganti mengisi ruang menyanyi dan beraksi mencari rezeki. Semuanya tiada penglihatan. Allah tidak memberikan semua, tetapi memurahkan keajaiban dalam diri mereka.

Manusia Sogo Yang Hebat & Penuh Perjuangan

Bagi yang kurang upaya – kegelapan dunia hanyalah bayangan kita apabila mengukur keupayaan mereka.

Bagi yang benar-benar gelap pandangan hidupnya, hati dan akalnya dicerahkan oleh perjuangan mengisi kehidupan.

Manusia Sogo Yang Hebat & Penuh Perjuangan

Ini yang kita pelajari daripada mereka yang cacat penglihatan. Mereka bukan sahaja menguasai muzik pop – tetapi memiliki pemikiran popular yang luar biasa: Yakni, hidup satu perjuangan.


Gelap bukan kekalahan. Gelap ialah aspirasi yang mencerahkan jalan menguasai kehidupan.

Manusia Sogo Yang Hebat & Penuh Perjuangan

Sabtu di Sogo selalu memberikan aspirasi. Dunia tidak berhenti sesuka hati. Dunia hanya berhenti pada yang orang lemah yang semangatnya sudah mati. Bagi yang melihat hidup ini satu perjuangan, dunia adalah perlawanan menentang kelemahan dan kekalahan.

Tiada titik kekecewaan. Kecuali bagi manusia lemah yang dikalahkan diri sendiri.

Terima kasih pada manusia Sogo. Anda istimewa. Berjuanglah selagi ada! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori