PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perhimpunan Bersih 5 bakal berlangsung pada November ini.
Maria bagaimanapun, enggan memberitahu tarikh yang tepat perhimpunan itu.
“Butiran seperti tarikh, lokasi dan tujuan perhimpunan akan didedahkan pada 14 September ini pada sebuah sidang media,” katanya ketika menunggu satu kes mahkamah membabitkan kumpulan Bersih 2.0 hari ini.
Terdahulu, Maria dalam satu kenyataanya memberitahu, himpunan itu bakal diadakan lagi bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap Ć¢ā¬ĖMalaysian Official 1Ć¢ā¬ā¢ yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), pada Julai lalu.
Sementara itu,ĆĀ Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Bersih 5 boleh diteruskan selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan tidak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Free Malaysian Today