Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Beri...

SERDANG - Penjawat awam perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat...

MH370: Serpihan Flaperon Sah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan...

Guna Kad PR Palsu,...

PETALING JAYA - Dua lelaki warganegara Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan...

Isu PPIM, Samseng Sotong...

AKSI kesungguhan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah syarikat pajakan kenderaan...

Maswing Larang Guna Samsung Galaxy Note 7

MIRI – Maswings Sdn. Bhd., milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan atas sebab keselamatan.

Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.

“Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah dibuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.

Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.

Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori