Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Korea Utara Lancar ‘Peluru...

SEOUL - Korea Utara dilapor menjalankan ujian peluru berpandu terbaharu pada Sabtu walaupun...

Ada Dalang Punca ADUN...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor mengesyaki ada parti politik tertentu menjadi...

Taman Tema Animasi Pertama...

IPOH - Taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park...

Rahim Harap Jep Lebih...

MAJLIS perkahwinan gilang gemilang Jep dan Sariyanti sudah pun selamat berlangsung pada hujung...

Masyarakat Perlu Didedahkan Cara Rawatan Awal CPR

TAWAU – Masyarakat perlu didedahkan dengan cara rawatan awal bantuan penafasan kecemasan (CPR) sebagai langkah membantu pesakit sebelum ketibaan pasukan perubatan di suatu lokasi kejadian, kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil.

Katanya, pendedahan awal itu dilihat berpotensi tinggi memastikan peluang pesakit untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, latar belakang dan pekerjaan perlu mempunyai pengetahuan melakukan CPR dengan betul bagi membantu keluarga mahupun orang lain.

“Kita perlu menjadi masyarakat yang celik CPR dan boleh melakukan bantuan penyelamat awal di mana-mana sahaja demi mencapai keazaman sebagai sebuah masyarakat yang setanding dengan negara maju lain di dunia,” katanya ketika berucap pada program Mass CPR di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.


Majlis ini diadakan bertujuan bagi mendidik, memberi keyakinan dan membuka mata masyarakat mengenai pentingnya CPR serta penekanan penggunaan talian kecemasan 999 untuk membantu rakyat ketika kecemasan.

Sementara itu, Alijus berkata masyarakat khususnya di daerah ini disaran mengamalkan gaya hidup sihat serta mengoptimumkan tahap kesihatan masing-masing dengan mengamalkan pemakanan seimbang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori