Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Diskaun Tol 10% Sempena...

KUALA LUMPUR - Lebuh Raya Shah Alam (LSA) akan memberikan diskaun tol sebanyak...

Mas Ermieyati Umum Sertai...

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas...

Suhaimi Hanya Terima Jadi...

BUKIT MERTAJAM - Suhaimi Sabudin, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil...

Wanita ‘Melepas’ Di Stesen...

KETIKA heboh diperkatakan mengenai insiden seorang wanita membuang air besar di Stesen MRT...

Mat Sabu Beri Peringatan Jangan Halang Demo Bersih

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memberi peringatan mana-mana negara yang tidak membenarkan demonstrasi bagi membantah pemimpin diadakan akan berakhir dengan peristiwa berdarah.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu berkata, negara-negara yang berbuat demikian disifatkan sebagai diktator seperti yang berlaku di timur tengah.

“Demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.

“Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berkahir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah.

“Oleh itu, sesiapa sahaja jangan cuba mengancam demonstrasi aman yang sering berlaku di Malaysia khasnya yang dianjurkan oleh pihak Bersih,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Bersih yang diketahui umum sebagai kumpulan anti kerajaan mahu menganjurkan satu lagi demonstrasi secara besar-besaran pada bulan ini.


Dalam pengajuran Bersih 4.0 pada tahun lalu, sebilangan pesertanya bertindak biadap dengan mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perhimpunan anjuran Bersih turut disertai badan-badan yang memperjuangkan hak asasi melampau termasuk pendokong Lesbian, Gay Biseksual dan Transgender (LGBT).

Malaysia perlu membenarkan demonstrasi diadakan seperti di Thailand dan Hong Kong kerana ia tidak akan menjejaskan kehadiran pelabur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori