KUALA TERENGGANU – Satu mayat ditemukan berbungkus dengan plastik dan disumbat ke dalam sebuah kotak polisterin di pesisir pantai Pasir Tenggara, Pulau Tenggol di sini pagi tadi.
Mayat hampir reput itu ditemukan pemandu bot pelancong ketika beliau bersama tiga rakannya sedang berehat selepas pulang dari melakukan aktiviti menyelam kira-kira pukul 9.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mereka terhidu bau busuk dari kotak itu dan memeriksanya.
“Ketika mereka membuka kotak berkenaan, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan plastik yang kemudian didapati satu mayat manusia yang sudah reput,” katanya.
Mayat itu dipercayai berusia lebih dua minggu. – BERNAMA