Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Dipijak Hingga Mati...

SEORANG bayi perempuan berusia 21 bulan telah meninggal dunia dalam keadaan tragis akibat dipijak...

83% Khidmat Kerajaan Dilaksana...

PUTRAJAYA - Sebanyak 83 peratus atau 11,171 dari 13,396 perkhidmatan kerajaan disediakan dalam...

Astro Terus Siarkan Telefilem...

SEPERTI yang kita semua ketahui, waris Allahyarham AR Tompel telah menghantar notis tuntutan...

KKM Dapati Terapi Ozon...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan rawatan pencucian...

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemukan Di Sg. Klang, Puchong

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan dalam keadaan terlungkup di dalam Sungai Klang di Taman Angkasa Batu 6 1/2 Jalan Puchong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata mayat tanpa pengenalan diri itu dijumpai orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 7 pagi.

Katanya polis berjaya membawa naik mayat mangsa yang memakai baju-T Adidas dan seluar jeans biru serta bertali pinggang hitam tidak berjenama pukul 8.30 pagi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat telah berada di dalam air selama dua hari berdasarkan keadaannya yang sudah membengkak dan mereput serta berbau selain mulut dan hidung mangsa didapati berdarah,” katanya di sini hari ini.

Siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), bagaimanapun mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, katanya.


Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata empat anggota dari Balai Bomba Bukit Jalil digerakkan ke lokasi bagi membantu polis mengangkat mayat.

Katanya pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.49 pagi dan mengambil masa hampir sejam sebelum membawa keluar mayat mangsa dari sungai terbabit dan menyerahkannya kepada polis. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori