Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Ditahan Ketika...

SUNGAI PETANI - Empat lelaki berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi...

Mahu Kahwin, Siti Saleha...

BAKAL berkahwin bulan hadapan, aktres Siti Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan...

Hapuskan Rasuah, Naikkan Imej...

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Ringgit Terus Susut, Cecah...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk dibuka rendah pagi ini berbanding...

Mayat Reput Dalam Kereta Curi

KAJANG – Misteri menyelubungi kes kematian seorang lelaki apabila mayatnya yang mula reput ditemui berada di dalam kereta curi.

Dalam kejadian jam 1 petang semalam, mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam kereta Proton Wira di Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, di sini.

Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang ramai berada berhampiran kawasan tangki air sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia mula terhidu bau busuk ketika melalui kawasan itu sejak pagi semalam namun tidak menyangka ia berpunca bau mayat manusia.

“Saya tidak sedar sejak bila kereta itu diletakkan di kawasan parkir awam berkenaan. Namun kami terkejut apabila terdapat mayat reput di dalamnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mayat lelaki itu dipercayai warga tempatan namun masih tidak diketahui identitinya.


“Kami mendapat laporan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki terbaring di tempat duduk belakang kereta itu.

“Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum mendapati mayat sudah berbau busuk dan hitam. Terdapat kesan lelehan air berpunca dari mayat pada kenderaan itu,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori