Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Pilih PM...

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada...

Perintah Gaji Minimum 1...

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan...

Presiden PAS Mohon Batal...

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi AwangƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…Ā½ memohon Mahkamah Tinggi...

Bapa Cederakan Anak Kandung...

PETALING JAYA - Akibat mencederakan anak kandungnya menggunakan sebilah gunting, seorang penganggur didenda...

Mayat Separuh Badan Ditemui, Dipercayai Dibaham Buaya

SARAWAK – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 4 hari lalu ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dengan mayatnya hanya separuh badan, semalam.

Mayat Silvester Kilat Lee, 19, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, di kawasan tapak pembinaan Jambatan Samarahan, Kota Samarahan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan mengesahkan bahawa mayat mangsa ditemui hanya dari bahagian pinggang ke bawah kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Ayah mangsa membuat pengecaman berdasarkan seluar jeans yang dipakai oleh mangsa sebelum keluar dari rumah mereka pada hari dia dilaporkan hilang,” katanya.

Tambah Sufyan, mayat Silvester telah diserahkan kepada pihak plis untuk tindakan selanjutnya.

Walaupun pengesahan bedah siasat masih belum dikeluarkan oleh Hospital Umum Sarawak, pihak Sufyan tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibaham buaya di sekitar sungai tersebut.


Malah katanya, semasa usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pasukan mereka sering terserempak dengan haiwal tersebut.

Kehilangan Silvester disedari rakan sekerjanya apabila dia tidak kembali ke kawasan bekerja selepas keluar membeli sayur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori