Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jakim: Coklat Eyeglass With...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat "Eyeglass With Candy"...

Tempoh Kempen Pemilu 2024...

JAKARTA : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Ilham Saputra memberi jaminan tempoh kempen...

Berpuluh Ribu Rakyat Sertai...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan secara terang-terangan berbohong kepada rakyat apabila mendakwa berpuluh-puluh...

Loji Janakuasa Di Uttar...

NEW DELHI - Angka kematian akibat insiden letupan dandang sebuah loji janakuasa arang...

Maybank Sasar Keluar Pinjaman RM13 Bilion Kepada PKS

KUALA LUMPUR – Maybank, kumpulan perbankan terbesar dari segi aset, menyasar mengeluarkan pinjaman berjumlah RM13 bilion sebagai pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini, peningkatan RM3 bilion atau 30 peratus daripada tahun lepas.

Naib presiden eksekutif kanan dan ketua perkhidmatan kewangan komuniti Datuk Hamirullah Boorhan berkata ini akan disokong oleh peningkatan permintaan pembiayaan daripada PKS susulan masa pembayaran yang lebih cekap.

“Kami komited untuk terus menambah baik masa pengeluaran pembayaran Maybank daripada lima hari bekerja sekarang kepada dua hari bekerja.

“Kami berharap ini akan dapat membantu lagi PKS kekal kompetitif dalam industri mereka masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeteraian Skim Jaminan Porfolio (PG) pembiayaan PKS di sini, hari ini.

Hamirullah berkata selain kemudahan pembiayaan, bank itu juga menyediakan perkhidmatan bukan pembiayaan seperti program “Membina Kapasiti dan Keupayaan bagi PKS” untuk membantu menambah baik sektor PKS di negara ini.

“Kami telah bertemu dengan lebih 1,200 peserta menerusi seminar bersemuka tahun ini dan kami akan terus menawarkan program ini pada masa depan selepas menerima sambutan positif daripada para peserta,” katanya.


Beliau berkata untuk terus membantu PKS, Maybank juga memperkenalkan Akaun Pertama PKS, akaun semasa perniagaan yang menawarkan penyelesaian mudah bagi memenuhi keperluan PKS pada kos rendah.

“PKS yang mendaftar bagi akaun ini dapat menikmati pengecualian fi khusus dan pelbagai manfaat,” katanya.

Kerjasama Maybank dengan CGC bermula 2013 apabila ia menjadi antara bank tempatan pertama menawarkan pembiayaan PKS tanpa cagaran di bawah skim tersebut.

Setakat ini, bank tersebut meluluskan pinjaman berjumlah RM3.2 bilion di bawah skim tersebut kepada lebih 6,000 PKS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori