Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Sah Bekas Pelajar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor...

Anggota PGA Lemas, 1...

SANDAKAN - Seorang anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA)  Sandakan ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas...

2 Rumah, 5 Kenderaan...

TAWAU - Dua buah rumah, tiga kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran...

Malaysia Tidak Terlibat Serang...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara...

‘Meja Basikal’ Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar

NORTH CAROLINA – Seorang guru dari Martin Middle School, Amerika Syarikat (AS) mendakwa prestasi anak didiknya meningkat selepas memasang pedal basikal di bawah meja anak muridnya.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Bethany Lambeth, 28, mendapat idea kreatif meja basikal tersebut daripada sebuah artikel lama.

“Selepas saya membaca artikel tersebut, saya cuba memohon untuk mendapatkannya bagi kegunaan anak murid saya pula,” katanya.

'Meja Basikal' Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar Dalam Kelas

Idea itu bertujuan untuk menghentikan ragam anak muridnya yang suka bergurau atau dikenali dengan istilah fidget ketika mengikuti sesi pembelajaran.

Ternyata idea itu berkesan dan murid-muridnya kini boleh memberi tumpuan di dalam kelas.

“Ramai murid mengalami kesukaran untuk fokus di dalam kelas. Kadangkala mereka memukul meja atau menyentuh murid lain atau secara amnya, tidak tenang (fidget).

“Meja basikal berkenaan membantu mereka mengeluarkan tenaga berlebihan berkenaan dan menghentikan kegiatan ‘fidget’, malah membuatkan mereka lebih fokus,” jelasnya.

'Meja Basikal' Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar Dalam Kelas


'Meja Basikal' Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar Dalam Kelas

Tambah Lambeth yang sudah tujuh tahun mengajar di sekolah itu, anak muridnya sudah ‘jatuh cinta’ dengan meja basikal berkenaan.

Selain anak muridnya, ibu bapa turut menyokong idea kreatifnya itu.

“Keluarga murid saya menyedari anak mereka lebih seronok dan tak sabar masuk kelas saya.

“Ramai cikgu lain juga mahukan basikal meja untuk kelas-kelas mereka,” katanya.

Difahamkan sebuah pedal itu berharga AS$180 (RM744.56) setiap satu. Oleh kerana perkembangan positif yang diterima, pihak sekolah berharap untuk beli lebih banyak pedal dan memperluaskan program tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori