Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Perbezaan Wanita Hong...

KAMI tak sangka rupa-rupanya rakyat China mempunyai stereotaip tersendiri terhadap kaum wanitanya.Menerusi video yang...

Dakwaan PAS Terima Duit...

SHAH ALAM – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan bekas...

Budak 2 Tahun Tertembak...

Peoria (Amerika Syarikat) - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dimasukkan ke hospital dalam...

Lebih 91% Bicara...

PUTRAJAYA : Lebih 91 peratus daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah di mahkamah berakhir...

Mekanik Direman Rogol Pelajar Sekolah

KAMPAR – Seorang mekanik motosikal direman selama tujuh hari mulai Selasa lalu kerana dipercayai merogol seorang pelajar sekolah awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Ng Koong Soon berkata suspek yang berumur 31 tahun ditangkap pada Isnin lalu selepas mangsa yang juga teman wanitanya membuat laporan polis pada hari sama.

Ng berkata mangsa yang berumur 16 tahun membuat laporan polis kerana merasa takut dan trauma akibat kejadian tersebut yang berlaku pada 1 September.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ng berdasarkan laporan polis, mangsa dirogol di rumah sewa suspek di Taman Bandar Baru Kampar kira-kira pukul 10.15 malam selepas selesai makan malam bersama seorang lagi rakan.


“Suspek terlebih dahulu meminta mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya tetapi ditolak sebelum suspek kemudian bertindak kasar dan merogol mangsa,” katanya.

Ng berkata selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang ke rumah oleh suspek pada pukul 3.30 pagi keesokan harinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori