Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Mahkamah Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, prosiding perbicaraan mahkamah...

Imran Rimas Sering Diminta...

PENYANYI yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memberitahu pernah berasa rimas...

Lebih 200 Banduan Merusuh...

LONDON - Polis Britain berusaha menyuraikan rusuhan di penjara membabitkan kira-kira 200 banduan...

Majlis Raja-Raja Tidak Akan...

KUANTAN - Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja...

Melaka Tengah Diiktiraf Tempat Paling Best Memandu

MELAKA Tengah telah diiktiraf sebagai tempat paling memuaskan/terbaik untuk memandu di Malaysia menurut kajian yang dijalankan oleh firma aplikasi Waze 2016 menerusi Indeks Kepuasan Pemandu Global.

Dalam carta itu, bandar raya bersejarah tapak warisan dunia UNESCO tersebut menduduki tangga ke-94 meletakkannya sebaris dengan bandar-bandar terkenal lain dunia seperti Lisbon, Lille, Sydney dan Barcelona.

Selain Melaka Tengah, jalan raya di Kuala Terengganu juga merupakan di antara tempat yang paling disukai untuk pemandu memandu dan berada di kedudukan ke-97, Kuala Muda, Kedah (105) dan Kota Bharu, Kelantan (124).

Bandar Kuala Lumpur dan Johor Bahru pula masing-masing di kedudukan 137 dan 140.

Top three jalan raya yang paling disenangi untuk memandu ialah di Perancis iaitu di daerah Valence, Tours dan Le Mans.


Kajian itu dijalankan berdasarkan kriteria seperti keadaan trafik, tahap keselamatan jalan raya, kualiti jalan raya, ekonomi sosial pemandu, perkhidmatan pemandu dan berdasarkan tahap kepuasan hati pengguna Waze. - MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • waze

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori