Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

RM1.6 Bilion Bina Lapangan...

PETALING JAYA - Putrajaya meluluskan beberapa projek berimpak tinggi di Kedah, termasuk pembinaan...

UMNO, DAP Susun Strategi...

KUALA LUMPUR : Mendekati pengundi muda secara dekat, pertemuan secara langsung dan memperjuangkan...

Pelajar Didakwa Rogol Pelajar...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun pertama jurusan pengajian Bahasa Arab di sebuah...

Sultan Perak Sampai Pingat...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke istiadat penganugerahan...

Melatih JDT Paling Bermakna Buat Jurulatih Gomez

KUALA LUMPUR – Jurulatih Mario Gomez menyifatkan kejayaannya dalam melatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah saat yang paling bermakna dalam karier bola sepaknya.

Menurutnya, beliau telah lama berkecimpung dalam dunia bola sepak dan melatik banyak pasukan di seluruh dunia tetapi kejayaan bersama JDT adalah yang paling istimewa.

Jelasnya, beliau pernah menjadi penolong jurulatih kepada Hector Cuper di Valencia dan Inter Milan dengan pemain yang hebat seperti Ronaldo, Gary, Roberto Ayala, Pablo Aimar, Kily Gonzales, Javier Zanetti.

“Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia sukan bola sepak.

“Tetapi untuk memiliki lima piala sebagaimana di JDT adalah yang paling bermakna dalam karier bola sepak saya kerana ia adalah kelab yang istimewa dan mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh lagi di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca:ƂĀ Pemain Import TĆ¢ā‚¬ā„¢ganu Kagum Atmosfera Stadium Larkin

Gomez berkata, JDT telah membuktikan bahawa ia adalah kelab yang paling pantas berkembang di Asia Tenggara di dalam dan diluar padang serta mendapat pengiktirafan ramai dari luar negara.


Katanya, pasukan itu sebelum diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memenangi sebarang kejuaraan langsung dan tiada pencapaian.

“Tetapi sebaliknya telah berlaku apabila revolusi bola sepak ini bermula sejak tahun 2013 di mana JDT berjaya berada di dalam kedudukan tiga teratas carta Liga Super Malaysia, memasuki final Piala FA dan Suku Akhir Piala Malaysia.

“Malah baginda terus berusaha dan tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perancangannya dan hasilnya, JDT telah berjaya menjulang tujuh piala dalam masa tiga tahun setengah. Ini adalah merupakan satu pencapaian hebat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori