Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Potensi Lumpur Banjir Akan...

KUALA LUMPUR - Tatkala limpahan lumpur mengundang keresahan mangsa banjir, Universiti Malaysia Perlis...

Aswaja Mahu Saman Mufti...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mahu mengambil tindakan...

Muay Thai Bantu Saya...

SENI mempertahankan diri Muay Thai menjadi hobi baharu bagi pelakon wanita serba boleh...

Keluarga Remaja Rempuh Wanita,...

Keluarga remaja tingkatan empat yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan...

Kisah Datin ‘Meletup’ Di Mahkamah

KALAU anda ikuti kisah ini dari mula, anda sudah tahu yang bekas isteri ahli perniagaan terkenal sering menjaja cerita beserta gambar kepada rakan-rakan untuk minta simpati kononnya beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosional. Sudah didedahkan juga cerita rakan-rakan yang bersimpati ini menghulurkan bantuan ratusan ribu ringgit sehingga ramai yang menyesal.

Sekarang dia ada pula taktik baru. Bekas isteri ini sudah mula mengepos gambar kononnya banyak kesan lebam di akaun Instagramnya. Dia letak pula caption yang kononnya dia jadi mangsa seorang lelaki buas. Maka ramailah yang menghulurkan simpati sambil mencerca ahli perniagaan itu.

Kejadian itu didakwa berlaku tahun lepas. Selama ini akaun Instagram bekas isteri ini hanya tunjuk gaya hidupnya sahaja, berjoli ke sana-sini dan bergambar dengan penuh make up, kemudian dicantikkan pula dengan pelbagai jenis filter. Bangga tunjukkan kemewahan diri dengan jenama-jenama hebat seperti Hermes dan Dior. Tiba-tiba, ada pula gambar tunjuk lebam di muka.

Sebenarnya, bukannya susah kalau hendak make up untuk tunjuk lebam pada muka. Di Internet sahaja, penuh laman web yang sediakan tips. WikiHow pun ada. Kalau sudah mampu make up untuk nampak cantik, tak mustahil juga untuk mampu buat muka tampak seolah didera suami.

Baru-baru ini di mahkamah, bekas isteri hadir dengan seluruh keluarga. Tidak cukup dengan itu, dia juga bawa wartawan sebuah portal berita dan bloggers. Bekas isteri memang tahu akan ada drama besar di mahkamah. Pastilah dia tahu, sebab dia yang akan buat drama besar.

Lagi pun, sepatutnya bulan lepas dia datang ke mahkamah bawa tiga orang anak-anak mereka, tapi dia tidak datang. Mahkamah pun keluarkan waran tangkap. Kali ini, dia ketakutan dan tidak datang berseorangan. Bawa entourage seluruh keluarga dan media!

Dengar cerita juga, adik lelakinya turut datang dengan membawa kamera video. Adiknya ini pernah dibuang kerja dari syarikat bekas suaminya kerana masalah disiplin yang teruk dan ketagihan ganja. Niatnya mahu rakam dan tunjukkan kepada dunia bahawa ahli perniagaan ini seorang yang buas. Walhal, ahli perniagaan ini hanya mahu meluangkan masa dengan anak-anaknya. Bukannya lama, cuma satu malam sahaja.

Benar belaka jangkaan setiap yang hadir. Bekas isteri telah buat drama besar sehingga anak-anak menangis ketakutan. Tidak cukup dengan itu, dia pura-pura rebah di pintu mahkamah bila mahkamah membenarkan anak-anaknya bermalam dengan ayah mereka.


Kisah Datin 'Meletup' Di Mahkamah
Sebenarnya bukan susah kalau hendak make up untuk tunjuk lebam pada muka,WikiHow pun ada.

Semua ini dirakamkan oleh adik lelakinya. Kita tidak tahulah di mana akan keluar video tersebut, dan di dada media atau blog mana yang akan dikeluarkan cerita-cerita meraih simpati ini. Kita pun tidak tahu dari sudut mana video akan disunting untuk tunjukkan bahawa ahli perniagaan ini telah menolak bekas isterinya di dalam mahkamah. Ada ramai saksi di dalam bilik mahkamah, mereka tahu apa sebenarnya berlaku.

Dalam hal ini, hanya seorang sahaja yang patut diberi simpati iaitu ayah kepada anak-anak kecil itu. Dia pulang dengan hanya dapat meluangkan masa dengan seorang sahaja daripada tiga orang anaknya. Walaupun begitu, beliau akur dan redho, dan peluang tersebut digunakan sepenuhnya olehnya untuk bersama anak lelakinya itu.

Bekas isteri? Hmm. Walaupun sudah bercerai, dia masih lagi mahu dipanggil ‘Datin’. Dia masih lagi mahukan layanan karpet merah. Dan dia masih lagi dahagakan publisiti. Perlukah kita bazirkan simpati untuk manusia seperti ini?

Ikuti kisah seterusnya, iaitu kisah ‘Datin’ Homeless. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori