Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Batalkan Pengecualian Visa Pelancong...

KUALA LUMPUR - PAS mendesak kerajaan membatalkan pengecualian visa selama setahun bagi pelancong...

UEC Rosakkan Dasar Pendidikan...

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf...

SPRM Siasat Empat Pegawai...

PUTRAJAYA - Empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam dua projek yang...

600 Penoreh Getah Kedah...

SIK - Seramai 600 penoreh getah di Kedah mendapat manfaat daripada program bantuan...

Mia Ahmad Tak Setuju Uqasha Buka Tudung

WALAUPUN berkawan baik dengan Uqasha Senrose, pelakon Mia Ahmad memberitahu bahawa dia tetap merasakan tindakan kawan baiknya itu membuka tudung adalah salah.

Menurut Mia, ketika mendapat tahu tentang perkara itu, dia segera menghubungi Uqasha kerana tidak menyokong tindakan tersebut.

“Selepas isu buka tudung, saya terus menghubungi Uqasha. Saya tidak setuju dengan apa yang dia buat. Tetapi sebagai kawan, saya mahu dia kuat.

“Dia perlu kuat terutamanya apabila berdepan dengan komen peminat yang pedih. Kita semua manusia, dan pasti akan buat silap. Mana tahu dengan nasihat dia akan fikir mana yang terbaik.

“Saya, Fathia dan Elfira Loy sependapat mendoakan Uqasha agar dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan lebih baik. Saya takut jika bercakap soal istiqamah.


“Saya tak mahu jawapan saya mengguris mana-mana pihak. Kita semua lemah, dan mudah terpengaruh,” katanya kepada Projek MMO.

Tambah Mia, dia tidak layan menghakimi Uqasha kerana dia juga masih di dalam proses memperbaiki dirinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori