Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kemelut Politik Pacu Trend...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran dagangan tidak menentu dengan kecenderungan...

Ismail Sabri, UMNO Dan...

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya mengakui anggota Kabinetnya daripada Perikatan Nasional (PN)...

Mahkamah: Panel Rumuskan Sabitan...

PUTRAJAYA – Panel-panel Hakim Mahkamah Persekutuan merumuskan sabitan salah yang dijatuhkan Hakim Mahkamah...

‘Rise Ini Kalilah’ Peluang...

PETALING JAYA - Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini...

Migrasi Air: Kelantan Berterima Kasih Kepada Persekutuan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan selepas memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan setelah permohonan dibuat pada 2008.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata dengan termeterainya perjanjian itu, peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan Bekalan Air di masa hadapan akan lebih terjamin, serta komitmen daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan lebih kukuh dalam menjamin perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.

“Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui Kerajaan Kelantan.

“Walaupun peruntukan disalurkan dalam tiga Rancangan Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Semalam, kerajaan Persekutuan dan Kelantan memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.

Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri ini.


Kelantan merupakan negeri kelapan yang melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Perlis dan Perak.

Ahmad berkata pada 2001, kerajaan negeri telah mendapat pinjaman sebanyak RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk tempoh 15 tahun, namun keperluan sebenar untuk jangka masa tersebut adalah sebanyak RM2 bilion.

“Sebelum itu, segala pembiayaan pembangunan air di Kelantan oleh AKSB dibantu sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Kelantan sebenarnya memerlukan lebih RM5 bilion bagi membangunkan bekalan air ‘Lost Development Years’ bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat tiga peratus setiap tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori