Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Qatar Kaji Ternak...

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Qatar hari ini bersetuju menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan...

Peminat Gigih Mahu Jodohkan...

TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita...

Kalau Australia Tak Bagi...

MEDIA Australia Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, kerajaan Australia akan menolak permohonan ekstradisi ke atas...

Harga Emas Melonjak

NEW YORK - Harga emas melonjak lebih 2% dalam dagangan hari ini, melepasi...

Minuman 3 In 1 Boleh Sumbatkan Arteri Darah – Prof.

BUAT orang ramai, produk minuman berasaskan 3 in 1 adalah memudahkan, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada buat setiap pejabat.

Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa.

Namun, apakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3 in 1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul?

Atau adakah sesetengah produk 3 in 1 yang menggunakan ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj. Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3 in 1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.

Minuman 3 In 1 Boleh Sumbatkan Arteri Darah - Prof.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.


“Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof. Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3 in 1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori