Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Kerjasama UMNO Selagi...

KUALA KANGSAR - UMNO membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri...

2,228 Maut Akibat Covid-19...

MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) terus menyaksikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 paling...

MKN Sabah Tahan 217...

KOTA KINABALU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menahan 217 pendatang asing tanpa...

732,911 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 732,911 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Moratorium Bauksit Dilanjutkan Sehingga 31 Dis

PUTRAJAYA – Tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya berakhir pada 15 Sept ini dilanjutkan lagi sehingga 31 Dis, umum Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium buat kali ketiga itu dipersetujui Kabinet hari ini bagi memberi laluan kepada 38 pemegang AP khas bagi mengeksport 4.13 juta tan metrik stok simpanan bauksit yang masih terdapat di tiga pusat pengumpulan iaitu Sungai Ular, Felda Bukit Goh dan Gebeng.

Katanya aktiviti pengeksportan bauksit agak perlahan sejak moratorium itu dikenakan pada 15 Jan lepas, dengan hanya 1.27 juta tan metrik dieksport melalui Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman daripada jumlah asal 5.4 juta tan metrik.

“Jika masih tidak dikeluarkan sehingga 31 Dis, saya mungkin akan minta lanjutan enam bulan pula,” katanya dalam sidang media mengenai moratorium bauksit, di sini hari ini.

Ditanya sama ada permintaan berkurangan dari luar negara yang menjadi faktor aktiviti pengeksportan bauksit itu perlahan, Wan Junaidi berkata: “Saya tidak fikir begitu, mesti ada pengiraan dari segi perniagaan”.

Kerajaan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Jan sehingga 14 April, sebelum dilanjutkan sebanyak dua kali sehingga 15 Sept ini bagi membolehkan semua stok simpanan bauksit sekitar Kuantan dikosongkan.

Wan Junaidi berkata kementerian telah mengeluarkan sebanyak 38 AP Khas dengan kuantiti eksport diluluskan sebanyak 3.76 juta tan metrik sehingga 31 Ogos lepas.

“Kementerian tidak akan mengeluarkan AP khas itu secara terbuka lagi dan mengehadkan kepada pemegang sedia ada bagi memudahkan pemantauan dan kawalan terhadap aktiviti tersebut,” katanya.


Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan perlombongan bauksit di Kuantan juga telah dilengkapkan dan diserahkan kepada semua kementerian terlibat untuk mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

“Prasarana telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan agensi terlibat.

Jalan khas untuk laluan bauksit (dari kawasan perlombongan) ke Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman juga telah ditetapkan,” katanya.

Mengenai aktiviti perlombongan bauksit secara haram, Wan Junaidi berkata kementerian dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan masih menjalankan pemantauan bagi mengekang aktiviti itu.

Pada 15 dan 29 Ogos lepas, polis menahan sembilan lelaki dipercayai tonto yang melindungi aktiviti perlombongan bauksit haram di sekitar Bukit Goh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori