Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Satu Lagi Kematian Akibat...

KUCHING – Satu lagi kematian kes rabies baharu telah dilaporkan di sini melibatkan...

Jangan Bincang Penstrukturan MAS...

KUALA LUMPUR - Cadangan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) mesti dilaksana dalam etika...

Kes Jong-nam, Malaysia Tak...

TAWAU - Negara ketiga tidak diperlukan dalam proses Malaysia menyelesaikan isu pembunuhan abang...

‘Deklarasi Rakyat’ Perjanjian Dengan...

KUALA LUMPUR - Jangan salahkan pihak yang berpandangan pakatan antara Tun Dr. Mahathir...

Malaysia Hos Sidang ‘Australian Business Asia’

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan serantau “Australian Business Asia” (ABA), yang bakal menghimpunkan perniagaan Australia di Asia, pada 9 hingga 11 November ini.

Pengerusi ABA dan Majlis Perniagaan Malaysia Australia Leigh Howard berkata acara tersebut berlangsung tepat pada masanya, memandangkan syarikat-syarikat Australia kini mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini.

“Ia juga sejajar dengan usaha syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan perniagaanya ke pasaran Australia.

“ABA yang terdiri daripada 17 Dewan Perniagaan Australia dan Majlis Perniagaan Australia di seluruh Asia akan hadir pada November ini untuk meningkatkan hubungan di rantau ini.

“Malaysia, yang terus mencatat peningkatan dari segi kemudahan menjalankan perniagaan, telah dipilih kerana boleh menjadi platform bagi syarikat dari Australia untuk memasuki rantau ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Persidangan yang bertemakan “Meninjau Peluang bagi Perniagaan Australia di Asia” akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Ia akan membawa bersama audien sasaran lebih daripada 500 wakil ke Malaysia untuk meneroka peluang yang diwujudkan Asia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori