Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Malaysia-Korea Selatan Dilonjak...

SEOUL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia sedang...

6 Acara Sempena Hari...

JOHOR BAHRU - Enam acara utama diatur di peringkat negeri ini bersempena sambutan...

Imigresen Kelantan Tahan 2...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan...

6 Kesan Tikaman Ditemui...

KOTA BHARU - Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang...

Skuad B-19 Lakar Kemenangan Kedua Kejohanan AFF

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak negara Bawah 19 Tahun (B-19) meneruskan rentak cemerlang selepas mengalahkan Singapura 2-1 pada aksi kedua kumpulan A pada Kejohanan Remaja ASEAN B-19 di Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam, hari ini.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan Malaysia memintas kedudukan Vietnam di tangga teratas kumpulan A dengan kutipan maksimum enam mata daripada dua perlawanan.

Skuad kendalian Frank Bernhardt itu sebelum ini menang selesa 5-0 ke atas Filipina pada aksi sulung kumpulan di venue yang sama, Selasa lepas.

Pada aksi yang disiarkan secara langsung sebuah televisyen swasta itu, Mohd Zarulizwan Mazlan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-16 sebelum Singapura menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Syahrul Sazali pada minit ke-82.

Bagaimanapun, penyerang negara Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew menjadi wira pasukan Malaysia dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan di babak kedua perlawanan.


Skuad negara dijadual menentang Timor Leste pada aksi ketiga kumpulan A di Padang YFTC pada Sabtu ini sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Vietnam di venue yang sama, selang dua hari kemudian.

Sebanyak 11 negara menyertai kejohanan edisi ke-13 kali ini iaitu Timor Leste, Singapura, Filipina, Malaysia dan Vietnam dalam kumpulan A manakala juara bertahan, Thailand mengetuai cabaran kumpulan B bersama lima pasukan lain iaitu Laos, Myanmar, Australia, Kemboja dan Indonesia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori