Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong Liverpool Paling Risau...

RIBUAN peminat Liverpool bersepakat bahawa mereka tidak boleh menerima sekiranya seorang pemain Reds...

NGO Anjur Himpunan Bantah...

AMPANG – Pertubuhan Sekretariat Suara Rakyat UMNO dan Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu)...

Pengangkutan Awam Perlu Ramai...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) mahu melihat lebih ramai wanita...

Trump Perlu Kelulusan Kongres...

NEW YORK - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Parti Demokrat, semalam...

MSN Kedah Ambil Tindakan Jika Atletnya Gagal Doping

ALOR SETAR – Majlis Sukan Negeri Kedah akan mengambil tindakan sekiranya ada atletnya yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lalu.

Exco Sukan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Majlis Sukan Negara berhubung perkara tersebut.

“Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya ada atlet Kedah yang terlibat,” katanya selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Kepada Atlet Sukma di sini, hari ini.

Isnin lalu, Adamas memaklumkan empat atlet yang memenangi pingat di Sukma Sarawak, gagal ujian doping yang dikendalikan agensi itu.


Terdahulu, kerajaan negeri menyampaikan insentif berjumlah RM147,750 kepada atlet yang mendapat pingat emas, perak dan gangsa pada Sukma Sarawak, yang disampaikan Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Aminuddin berkata insentif yang diberikan kerajaan negeri kepada atlet yang berjaya di Sukma itu adalah sebagai perangsang dan galakkan kepada mereka yang telah bertanding dan mengharumkan nama Kedah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori